Sunday 20 February 2011

Karangan Faedah Membaca -Fakta


>>>Thes is my 1st karangan! Rate it pleash!           

 ....................................................................................................
                Membaca banyak faedahnya.Antara bahan bacaan yang sesuai kita baca adalah seperti surat khabar, majalah, buku cerita da sebagainya.Kita juga boleh menjadikan mambaca sebagai hobi.
                Amalan mambaca bukan sahaja boleh mengisi masa , malah dapat menambah ilmu pengetahuan.Melalui pembacaan surat khabar dan majalah, kita juga dapat menambahkan pengetahuan tentang perkembangan semasa di dalam dan di luar negara.
                Selain itu,membaca juga dapat memperbaiki dan menguasai bahasa dengan baik.Penguasaan seseorang dalam bidang tatabahasa juga dapat dipertingkatkan.Kita akan peka terhadap perkembangan sains dan teknologi melalui pembacaan buku-buku cerita sains.
                Seterusnya,mambaca dapat mengisi masa lapang kita.Oleh itu, kita tidaklah terjebak dengan gejala-gejala yang buruk seperti melepak, bergaduh, merokok dan lain-lain lagi.Kita juga akan berfikiran matang dan bernas.
                Di samping itu,membaca juga dapat menghiburkan kita.Apabila kita berasa penat setelah menelaah pelajaran, kita boleh membaca buku-buku yang boleh menghiburkan kita seperti komik, kartun dan lain-lain lagi.Dengan itu, kita dapat menghilangkan rasa penat.
                Oleh itu, kita haruslah tanamkan sikap suka membaca pada setiap masa.Membaca dapat memajukan diri sendiri, bangsa dan negara.

Comment and rate pleash! 감사합니다

No comments:

Post a Comment

Saye nak komen yang terbaik tao!