Sunday 20 February 2011

Karangan Faedah Bersukan -Fakta


 >>>Karangan kedua ku! yeah!

  ....................................................................................................
                Bersukan banyak faedahnya.Pelbagai jenis sukan yang boleh kita sertai seperti bola sepak, bola jaring, badminton dan sebagainya.Kita juga boleh menjadikan sukan sebagai hobi.
                Amalan bersukan bukan sahaja boleh mengisi masa lapang malah badan juga menjadi sihat.Bersukan boleh mengeluarkan peluh.Dengan itu, minda kita akan cerdas dan badan kita akan cergas.
                Selain itu, bersukan juga mendidik kita supaya bekerjasama dan bertolak ansur.Ia juga menjadikan kita lebih berdisiplin dengan mematuhi peraturan dalam setiap permainan.
                Seterusnya, bersukan juga boleh mengeratkan hubungan silaturrahim.Kita juga boleh menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan.Jika kita menyertai pertandingan, kita juga boleh menambah rakan taulan.
                Di samping itu, ia juga boleh dijadikan kerjaya seperti Datuk Lee Chong Wei.Beliau bukan sahaja kaya malah dapat mengharumkan nama negara dan dapat menjadi seorang atlet yang terkenal. Datuk Lee Chong Wei telah berjaya dalam kehidupannya hanya dengan bermain badminton.
                Oleh itu, marilah kita bersama-sama aktif dalam bidang sukan. Majulah sukan untuk negara.

Comment and rate pleash! 감사합니다

1 comment:

  1. hello:)sye masyitah.boleh tidak kamu mencantikkan blog sye?jika kamu tidak mahu tidak apa:)sye tidak memaksa kamu:)




    THx:)

    ReplyDelete

Saye nak komen yang terbaik tao!